Assalamualaikum wbt...May ALLAH SWT Bless us always!
Umar Al-Khattab..adalah Khalifah selepas Abu Bakar As-Siddiq yang juga sahabat kekasih ALLAH SWT yang pertama iaitu Nabi Muhammad SAW...
Umar Al-Khattab dahulunya adalah salah satu hamba ALLAH SWT yang sangat memusuhi Nabi Muhammad SAW....malah Umar Al-Khattab sanggup menanam anak perempuannya hidup2 untuk membuktikan taat setianya pada Al-Uttah dan Al-Uzza..(berhala kepercayaan pada zaman Nabi)..
Saidina Umar mendapat hidayah - Beliau dalam perjalan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW tetapi orang Quraisy mengarahkan beliau membunuh adiknya sendiri dahulu kerana telah memeluk agama islam...setelah tiba di rumah adiknya, beliau terdengar adiknya sedang membaca ayat2 suci Al-Quran dan beliau terus memukul adiknya (Saidina Umar terkenal dengan sifat garang tetapi sangat penyayang). Saidina Umar sangat kesal memukul adiknya sehingga berdarah lalu terus memohon maaf dan meminta adiknya menyerahkan cebisan ayat Al-Quran itu kepadanya...dengan perasaan takut adiknya menyerahkan cebisan ayat Al-Quran kepada Saidina Umar.
Apabila Saidina Umar Al-Khattab melihat serta membaca cebisan ayat Al-Quran tersebut, beliau terus terasa sayu dan terus ingin berjumpa Nabi Muhammad SAW... Pengikut Nabi Muhammad SAW sangat takut dan bimbang apabila melihat Saidina Umar tiba untuk bertemu Kekasih ALLAH SWT...tetapi Nabi Muhammad SAW dengan tenangnya menjemput Saidina Umar masuk dan berjumpa beliau....
Saidina Umar yang sedang dalam keadaan keliru, sedih dan hiba terdiam bertemu Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW hanya tersenyum dan dengan kelembutan menyentap pakaian perang Saidina Umar dan saat itulah Saidina Umar Al-Khattab terduduk dan terus menangis dihadapan Nabi Muhammad SAW. Dengan penuh kelembutan Kekasih ALLAH SWT mengajar Saidina Umar mengucap kalimah syahadah. Maka bermula detik itulah isytiharnya taat setia Saidina Umar Al-Khattab kepada ALLAH SWT serta Nabi Muhammad SAW untuk sama2 memperjuangkan Agama Islam.....

Sewaktu Wafatnya Nabi Muhammad SAW...umar-Al-Khattab adalah antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang tidak dapat menerima hakikat tersebut sehingga mengugut "SESIAPA YANG BERANI BERKATA BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW WAFAT, AKANKU KELAR LIDAHNYA!!"....begitulah kasih cinta dan sayangnya Umar Al-Khattab pada Nabi Muhammad SAW....tetapi setelah dipujuk oleh Abu Bakar As-Siddiq dengan penuh kelembutan (Abu-Bakar As-Siddiq terkenal dengan sifat kelembutannya)...akhirnya Umar Al-Khattab dapat menerima hakikat tersebut dengan hati yang sangat remuk, sedih dan pilu...
Daerah yang ditakluki Umar Al-Khattab.
Umar Al-Khattab membela Agama Islam sehingga Agama Islam dikagumi dan disegani hampir seluruh pelusuk dunia....SubhanALLAH!!!!!!!!
Umar Al-Khattab ada berpesan......
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur."
ikhlas dari hati hambaMU....
yang sangat rindukan sahabat2 kekasihMU...dan juga sangat2 merindui kekasih hatiMU - Nabi Muhammad SAW....ALLAHUAKBAR!!!
wannurkhalisahshamsudin (cahaya ketulinan)